Posts

PKP dilanjutkan, Bagaimana hak kami terhadap anak-anak setelah bercerai?

Assalammualaikum w.b.t.  وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ۚ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَا تُضَارَّ وَالِدَةٌ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوْلُودٌ لَهُ بِوَلَدِهِ ۚ وَعَلَى الْوَارِثِ مِثْلُ ذَٰلِكَ ۗ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالًا عَنْ تَرَاضٍ مِنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا ۗ وَإِنْ أَرَدْتُمْ أَنْ تَسْتَرْضِعُوا أَوْلَادَكُمْ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُمْ مَا آتَيْتُمْ بِالْمَعْرُوفِ ۗ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ "Dan (men-jadi kewajipan) ke atas seorang bapa itu (untuk menyediakan) rezeki untuk mereka (ibu-ibu) dan juga pakaian mereka dengan cara yang makruf."  (Surah al-Baqarah, ayat 233) Berdasarkan tajuk penulisan di atas dan juga dalil yang dinyatakan berhubung dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilanjutkan dari dua (2) min...

HARTA SEPENCARIAN...

Image
Apa yang di maksudkan dengan harta sepencarian? - Harta sepencarian adalah harta yang diperoleh dalam tempoh perkahwinan seorang suami dengan isterinya hasil daripada sumber-sumber atau usaha mereka bersama. maksudnya adalah, jika sebuah harta seperti rumah, kereta atau lain-lain yang di miliki dalam tempoh perkahwinan, maka ianya adalah sebuah harta sepencarian. Jika harta tersebut dimiliki oleh salah satu sebelum tempoh perkahwinan tetapi dimajukan bersama, ianya juga merupakan harta sepencarian.  Pada dasarnya tidak terdapat dalil khusus di dalam al-Quran dan al-Sunnah yang menerangkan kedudukan Harta Sepencarian dalam Islam. Pemakaiannya diambil dari segi kaedah ‘uruf. Dalam perundangan Islam, apabila sesuatu ‘uruf diakui kebaikannya dan diberi pengiktirafan undang-undang, maka ia bertukar menjadi suatu peraturan yang mesti diikuti. DALIL DAN PENDAPAT ULAMA' Harta sepencarian bukan lagi soal adat semata-mata bahkantelah dikanunkan dalam perundangan dan mengikut ...

PERLU KE LANTIK PEGUAM KENDALIKAN KES???

Image
Apakah lantikan Peguam Syarie itu perlu dlm smua tindakan kes di Mahkamah Syarie? Ya perlu.. Hal ini utk memudahkan cara dan perjalanan kes di Mahkamah Syariah.. maksud memudah cara adalah... Peguam syarie yg akan mencadangkan dan menentukan kes apa yg sesuai utk difailkan.. sebagai contoh: Yes pihak ni nk bercerai.. tapi penceraian apa yang patut difailkan.. kerana penceraian byk jenis.. jangan mudah ikut orang, "kawan ni dlu cerai mudah je suami setuju utk lepaskan".. Persoalan yang akan timbul adakah cerita situasi A dan B ni sama? jika sama tidak mengapalah.. tapi bagaimana jika tidak sama? Peguam Syarie yang dilantik juga adalah sebagai pemudahcara kerana, peguam syarie yang akan menyediakan semua kertas kerja dan menyusun dokumen yang diperlukan di Mahkamah.. supaya kes itu dapat berjalan dengan lancar dan teratur.. jika tidak akan menyebabkan banyak kali naik turun court dan kes lmbt Pernah terjadi di mana beberapa situasi pihak2 tidak melantik peguam.. ...

Apa Yang Perlu dibuat Selepas PENCERAIAN berlaku?

Image
Merujuk kepada tajuk di atas, perkara yang perlu dilaksanakan / dilakukan oleh mana-mana pihak ialah dengan memFailkan hak penjagaan anak (hadhanah) dan juga Nafkah Anak. Kenapa perlu difailkan permohonan ini? setiap penceraian yang berlaku akan pasti ada beberapa isu yang tidak dipersetujui atau apa-apa tuntutan yang mana akhirnya akan menjadi perebutan. Tuntutan Hak Penjagaan Anak dan juga Nafkah anak ini perlu dituntut untuk atau bagi mengelakkan sebarang kemungkaran/penganiayaan yang tidak diingini berlaku. Banyak kejadian dimana, pasangan yang bercerai dan tidak membuat hak penjagaan mahupun tuntutan nafkah anak. yang mana akhirnya berlakunya perebutan dan permasalahan akan timbul sebagai contoh. Si ibu atau bapa yang bercerai dan telah dinasihatkan untuk memfailkan tuntutan hadhanah. namun memberi reaksi dengan menyatakan bahawa " tidak mengapa, berkaitan anak kami boleh berbincang sendiri". Yes, pada masa tersebut kata sedemikian, masa akan datang kita belum...

Mudah ke Tuntutan Fasakh?

Pertama sekali, perlu faham apa itu tuntutan fasakh... apa itu tuntutan fasakh? Fasakh ialah melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri setelah diminta cerai oleh isteri melalui pengadil (hakim). Fasakh hanya boleh dilakukan oleh pihak yang berkuasa sahaja seperti hakim dan kadi apabila terdapat sebab tertentu. apakah syarat-syarat permohonan fasakh? suami cuai dalam memperuntukan nafkah selama tempoh 3 bulan. tidak menunaikan kewajipan perkahwinan iaitu nafkah batin selama tempoh satu tahun tanpa sebab yang munasabah, lazim menyakiti pasangan disebabkan oleh kelakuan aniaya, tidak melayani isteri secara adil mengikut kehendak Hukum Syarak jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang. Ada banyak lagi syarat yang boleh digunakan untuk permohonan Fasakh ini. namun ini antara asas utama yang boleh dijadikan sebagai dakwaan di Mahkamah. nafkah adalah suatu tanggungan WAJIB  keatas seorang suami terhadap isterinya. apakah bentuk nafkah? Nafkah...

Perbezaan Tuntutan Penceraian Di Mahkamah Syariah

Adakah setiap jenis tuntutan penceraian ada perbezaannya? jawapannya adalah Ya.. bahawa setiap jenis penceraian ada bezanya tapi pengakhirannya adalah sama iaitu '' berpisah'' juga. penceraian banyak jenis, kali ini kita terangkan berkaitan penceraian dibawah sek 47 akta/enakmen keluarga Islam adalah jenis penceraian dgn talaq @ dgn perintah. jenis penceraian ini adalah dimana tiada alasan yg kuat utk tuntut cerai atau dlm fasakh. tp hati keras nk berpisah. justeru itu, di bawah sek. ini akan melalui beberapa proses yakni sekiranya suami enggan melafazkan atau tidak setuju nk cerai.. maka Mahkamah akan mengarahkan pihak2 lantik jawatankuasa pendamai (JKP)..dimana mereka yg dilantik hndaklah cuba mencari pendamaian pihak2. namun jika gagal menemui pendamaian dan suami masih enggan lepaskan dan pihak satu lagi msih kekal dgn tuntutannya.. Mahkamah akan teruskan kes kpd sek 48 akta/enakmen keluarga islam dgn arahkan perlantikan hakam dan disinilah penentu...