Apa Yang Perlu dibuat Selepas PENCERAIAN berlaku?
Merujuk kepada tajuk di atas, perkara yang perlu dilaksanakan / dilakukan oleh mana-mana pihak ialah dengan memFailkan hak penjagaan anak (hadhanah) dan juga Nafkah Anak.
Kenapa perlu difailkan permohonan ini?
setiap penceraian yang berlaku akan pasti ada beberapa isu yang tidak dipersetujui atau apa-apa tuntutan yang mana akhirnya akan menjadi perebutan.
Tuntutan Hak Penjagaan Anak dan juga Nafkah anak ini perlu dituntut untuk atau bagi mengelakkan sebarang kemungkaran/penganiayaan yang tidak diingini berlaku.
Banyak kejadian dimana, pasangan yang bercerai dan tidak membuat hak penjagaan mahupun tuntutan nafkah anak. yang mana akhirnya berlakunya perebutan dan permasalahan akan timbul sebagai contoh.
Kenapa perlu difailkan permohonan ini?
setiap penceraian yang berlaku akan pasti ada beberapa isu yang tidak dipersetujui atau apa-apa tuntutan yang mana akhirnya akan menjadi perebutan.
Tuntutan Hak Penjagaan Anak dan juga Nafkah anak ini perlu dituntut untuk atau bagi mengelakkan sebarang kemungkaran/penganiayaan yang tidak diingini berlaku.
Banyak kejadian dimana, pasangan yang bercerai dan tidak membuat hak penjagaan mahupun tuntutan nafkah anak. yang mana akhirnya berlakunya perebutan dan permasalahan akan timbul sebagai contoh.
- Si ibu atau bapa yang bercerai dan telah dinasihatkan untuk memfailkan tuntutan hadhanah. namun memberi reaksi dengan menyatakan bahawa "tidak mengapa, berkaitan anak kami boleh berbincang sendiri". Yes, pada masa tersebut kata sedemikian, masa akan datang kita belum pasti.
- anak selama ini duduk dengan si ibu selama tempoh beberapa tahun. secara tiba-tiba, bapa datang muncul dan mahukan anak tersebut untuk dijaga.
- anak yang selama ini tinggal bersama ibu dan telah bersekolah, secara tiba-tiba si bapa ambil anak tersebut tanpa pengetahuan ibu dan tinggal bersama bapa.
- ibu bapa yang bercerai ketika mana anak tersebut belum bersekolah, akan tetapi bilamana sampai masa untuk anak tersebut disekolahkan. tapi Pihak Sekolah tidak terima permohonan kerana tiada perintah Mahkamah berhubung hak penjagaan anak.
- anak yang selama ini, tinggal bersama ibu, si bapa berkeras untuk mengambil alih untuk menjaga anak tersebut atas alasan untuk mengelakkan membayar nafkah anak tersebut.
Melihat kepada beberapa contoh situasi yang telah dinyatakan, perkara ini adalah rentetan kepada beberapa kejadian yang telah berlaku. Pihak-pihak yang mengambil mudah berkaitan isu ini boleh menyebabkan berlakunya penganiayaan kepada si anak dan si anak akan mengalami masalah kemurungan kelak.
Tujuan mendapatkan satu PERINTAH BERTULIS daripada mahkamah adalah untuk memberikan keadilan kepada anak-anak khususnya supaya dapat dijaga, dikawal dengan baik oleh pihak yang diberikan amanah untuk menjadi penjaga kepada anak tersebut.
Namun begitu, Harus diingatkan bahawa apabila telah wujudnya satu perintah. Pihak-pihak harus berlaku adil satu sama lain dan ikut pada Perintah yang telah dikuatkuasakan. Mahkamah Syariah bukan mengambil kira pada takat kemampuan, akan tetapi lebih kepada kemaslahatan masa depan anak-anak tersebut.
Berhubung isu, Nafkah anak mengapa perlu difailkan?
Nafkah anak merupakan KEWAJIPAN seorang bapa terhadap anak-anak tersebut. Walaubagaimanapun, Seorang ibu yang diberikan hak penjagaan kepada anak tersebut juga turut menyediakan nafkah terhadap anak-anak.
Tuntutan nafkah anak ini adalah untuk kegunaan anak-anak dan nilaian tuntutan adalah yang munasabah mengikut kepada perbelanjaan anak. Ramai orang yang kini salah tafsir berkaitan nafkah anak, di mana nilaian yang dituntut adalah lebih daripada nilaian yang munasabah dan diluar kemampuan si bapa dan perkara ini harus dielakkan.
Justeru itu, adalah dinasihatkan kepada orang awam khususnya mengambilkira berkaitan masa depan anak untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku. mungkin di sini penerangan agak ringkas, kami percaya bahawa ada ruang untuk pembaca bertanya kepada mana-mana Peguam Syarie atau pengamal undang-undang berkaitan isu yang dikupaskan ini dan juga boleh tinggalkan persoalan diruang komen dibawah.
Beringatlah bahawa yang berpisah hanya ibu dan bapa, tetapi hubungan anak dengan ibu , hubungan anak dengan bapa tiada pihak yang boleh menjadi penghalang.
Wallahua'lam...
YMA...
Comments
Post a Comment