Mudah ke Tuntutan Fasakh?

Pertama sekali, perlu faham apa itu tuntutan fasakh...

apa itu tuntutan fasakh?
Fasakh ialah melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri setelah diminta cerai oleh isteri melalui pengadil (hakim). Fasakh hanya boleh dilakukan oleh pihak yang berkuasa sahaja seperti hakim dan kadi apabila terdapat sebab tertentu.

apakah syarat-syarat permohonan fasakh?
  • suami cuai dalam memperuntukan nafkah selama tempoh 3 bulan.
  • tidak menunaikan kewajipan perkahwinan iaitu nafkah batin selama tempoh satu tahun tanpa sebab yang munasabah,
  • lazim menyakiti pasangan disebabkan oleh kelakuan aniaya,
  • tidak melayani isteri secara adil mengikut kehendak Hukum Syarak jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang.

Ada banyak lagi syarat yang boleh digunakan untuk permohonan Fasakh ini. namun ini antara asas utama yang boleh dijadikan sebagai dakwaan di Mahkamah.

nafkah adalah suatu tanggungan WAJIB keatas seorang suami terhadap isterinya. apakah bentuk nafkah?
Nafkah dipecahkan kepada tiga (3) perkara iaitu:-

- makan minum
- pakaian 
- tempat tinggal 

Allah s.w.t. telah berfirman mafhumnya 
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
Surah An-Nisa ayat 34.

merujuk kepada ayat di atas adalah wajib ke atas kaum suami menyediakan nafkah buat para isterinya. 3 perkara ini adalah asas nafkah yang perlu disediakan keatas isteri. kerana apa kegagalan nafkah ini boleh dijadikan alasan dakwaan di Mahkamah. Kerana nafkah merupakan asas kewajipan seorang suami yang sebagai ketua keluarga dan menjadi amanah untuk menjaga keluarga.

Adakah Mudah untuk  mendapatkan mohon tuntutan fasakh ini di Mahkamah?

Jawapannya, tidak sebegitu mudah. Hal ini kerana, setiap dakwaan yang dimasukan di dalam permohonan ini perlu di sertakan bukti yang lengkap. bagaimana nak pastikan sama ada bukti yang perlu ada itu betul atau tidak? adalah dinasihatkan  untuk mendapatkan nasihat atau bertanyakan kepada mana-mana Peguam Syarie atau mana-mana pengamal Undang-Undang syariah.

Adalah di nasihatkan agar permohonan fasakh yang hendak difailkan di Mahkamah melantik mana-mana Peguam Syarie yang beramal, Hal ini kerana prosesnya agak sukar dan memakan masa disamping itu memudahkan urusan dan masa pihak-pihak. 

**Setiap dakwaan yang hendak dijadikan alasan, perlulah merujuk kepada apa yang telah dinyatakan di dalam Undang-undang.

Wallahu'alam...

Sebarang persoalan boleh tinggalkan maklum balas atau direct hubungi nombor yang tertera

Comments

Popular posts from this blog

PERLU KE LANTIK PEGUAM KENDALIKAN KES???

PKP dilanjutkan, Bagaimana hak kami terhadap anak-anak setelah bercerai?

Perbezaan Tuntutan Penceraian Di Mahkamah Syariah