PKP dilanjutkan, Bagaimana hak kami terhadap anak-anak setelah bercerai?

Assalammualaikum w.b.t.

 وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ۚ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَا تُضَارَّ وَالِدَةٌ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوْلُودٌ لَهُ بِوَلَدِهِ ۚ وَعَلَى الْوَارِثِ مِثْلُ ذَٰلِكَ ۗ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالًا عَنْ تَرَاضٍ مِنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا ۗ وَإِنْ أَرَدْتُمْ أَنْ تَسْتَرْضِعُوا أَوْلَادَكُمْ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُمْ مَا آتَيْتُمْ بِالْمَعْرُوفِ ۗ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

"Dan (men-jadi kewajipan) ke atas seorang bapa itu (untuk menyediakan) rezeki untuk mereka (ibu-ibu) dan juga pakaian mereka dengan cara yang makruf." 
(Surah al-Baqarah, ayat 233)


Berdasarkan tajuk penulisan di atas dan juga dalil yang dinyatakan berhubung dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilanjutkan dari dua (2) minggu kepada dua (2) minggu dan seterusnya dua (2) minggu lagi.

Terdapat banyak persoalan yang muncul berhubung dengan pasangan yang telah bercerai yang tidak dapat hak melawat, bersama atau bermalam bersama anak-anak tersebut sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Syariah.

Pihak-pihak tidak dapat hak tersebut atas faktor roadblock terutamanya, jika kita sedar perkara ini juga ada hikmahnya yang mana untuk menghalang wabak covid-19 ini demi kesihatan pihak-pihak mahupun anak-anak tersebut.

Berhubung isu ini, pihak kami menasihatkan agar mana-mana pihak yang terlibat bersabar dan  patuhi segala arahan yang telah dikeluarkan oleh Negara kita sendiri. Apa yang boleh di lakukan oleh anda adalah:-


  • Dinasihatkan wujudkan satu perbincangan yang baik dan capai persetujuan yang mana apabila tamatnya tempoh PKP ini hak bersama, bermalam diberikan satu tempoh yang panjang selagi mana tidak menjejaskan kebajikan, pembelajaran anak-anak tersebut.
  • Pihak-pihak perlulah ada satu sifat TOLERANSI yang mana tidak menjejaskan hubungan antara anak-anak dengan ibu atau bapa mereka. ini kerana faktor pembesaran anak-anak tersebut perlunya kepada sokongan moral daripada kedua ibu bapa mereka.
  • Sepanjang tempoh PKP ini, adalah digalakkan pihak yang sedang bersama anak-anak tersebut menasihatkan anak-anak itu sering berhubung atau video call dengan pihak satu lagi (ibu atau bapa) yang tidak dapat melawat, bersama atau bermalam dengan anak tersebut.
  • Bagi bapa yang tidak dapat hak tersebut sepanjang tempoh PKP ini dinasihatkan agar tidak terus mengabaikan nafkah anak-anak tersebut. ini kerana, kewajipan nafkah seorang bapa terhadap anak-anak adalah WAJIB sebagaimana yang telah difardhukan.
  • Sekiranya, akibat kegagalan menyediakan nafkah buat anak-anak tersebut atas faktor dibuang kerja, gaji dipotong atau sebagainya kerana kesan daripada PKP ini, dinasihatkan bagi setakat mana yang mampu dan jelaskan kepada pihak satu lagi berhubung isu kemampuan agar tiada tindakan yang boleh diambil sekiranya kegagalan itu wujud.
Anak merupakan anugerah dan amanah yang telah dikurniakan kepada diri kita, sehubungan itu elakkanlah diri kita daripada menghalang atau melarangan atau memutuskan hubungan anak-anak dengan pihak satu lagi. Anak-anak juga merupkan rezeki kepada sesebuah keluarga.

Waallahua'lam..

sebarang persoalan boleh tinggalkan diruang komen atau terus berhubung dengan kami ditalian yang tertera.

#stayathome
#amalkankebersihandiri
#jagajaraksekiranyaperlukeluar 

Comments

Popular posts from this blog

PERLU KE LANTIK PEGUAM KENDALIKAN KES???

Perbezaan Tuntutan Penceraian Di Mahkamah Syariah