PERLU KE LANTIK PEGUAM KENDALIKAN KES???
Apakah lantikan Peguam Syarie itu perlu dlm smua tindakan kes di Mahkamah Syarie? Ya perlu.. Hal ini utk memudahkan cara dan perjalanan kes di Mahkamah Syariah.. maksud memudah cara adalah... Peguam syarie yg akan mencadangkan dan menentukan kes apa yg sesuai utk difailkan..
sebagai contoh: Yes pihak ni nk bercerai.. tapi penceraian apa yang patut difailkan.. kerana penceraian byk jenis.. jangan mudah ikut orang, "kawan ni dlu cerai mudah je suami setuju utk lepaskan"..
Persoalan yang akan timbul adakah cerita situasi A dan B ni sama? jika sama tidak mengapalah.. tapi bagaimana jika tidak sama?
Peguam Syarie yang dilantik juga adalah sebagai pemudahcara kerana, peguam syarie yang akan menyediakan semua kertas kerja dan menyusun dokumen yang diperlukan di Mahkamah.. supaya kes itu dapat berjalan dengan lancar dan teratur.. jika tidak akan menyebabkan banyak kali naik turun court dan kes lmbt
Pernah terjadi di mana beberapa situasi pihak2 tidak melantik peguam.. Akhirnya Mahkamah akan tanya banyak perkara, tidak mampu dijawab oleh pihak-pihak. Walhal kesnya mudah tapi disebabkan keegoan dan takut untuk bertanya menyebabkan berlakunya kesukaran
Akhirnya Mahkamah memberi pandangan rujuk atau melantik mana2 Peguam Syarie untuk membantu kendalikan kes tersebut.. #perkongsianapayangberlaku #ringankantanganmulutuntukbertanya #bicaraPeguamSyarie
Comments
Post a Comment